Friday, August 20, 2010

~~Sang Jelik Dan Dewi Jelita~~

Alur hidup kami berbeza. Dia ibarat seorang puteri. Aku cuma pengemis. Masing2 punyai agenda tersendiri. Aku cuma mampu memburu untuk hidup. Si dia adalah pemangsa yang membunuh untuk kepuasan. Watak yang sangat berbeza.

Namun begitu, dia punyai auranya yang tersendiri. Unik. Sangat menarik perhatian. Dia bergaya. Senyumanya asli. Jelinganya tajam. Segala2nya cukup untuk membuat sang wira kecundang tanpa perlu menghunus keris.

Aku pula cuma mampu melihat. Mengintai dari segenap celah untuk seketika menikmati keindahan cintaan tuhan. Itulah kebiasaannya. Aku kira, cuma sinaran hidupnya mampu mengubati keresahan hatiku. Adakalanya, cukup untuk membiarkan aku kembali beradu didalam kesakitan berbisa.

Pernah juga aku punyai kesempatan. Pernah seketika aku disuakan peluang keemasan. Aku hulurkan kepadanya punca kehidupanku. Aku tadahkan padanya sumber keabadian ku. Namun begitu, bukan lah mudah untuk merumus dan mengandaikan kesudahan bahagia yang terjangka. Sang dewi perlukan lebih dari jiwa seorang dewa. Perlukah aku berkorban untuk impiannya?

Aku mengalah. Aku sedar bahawa perit andainya ku jatuh tersungkur di puncak takhta. Aku mengaku kalah. Aku mengaku yang aku hanya mampu mengintai gerak geri sang bulan dari tempat pembaringan ku. Hanya mampu melihat dirinya tertawa menari. Riang menari ditemani bintang2 sepi.

Sebagai kenangan kepadanya, akan ku pelihara sekuntum mawar merah. Akan ku sisipkan kegembiraan dalam mekar kuntumnya. Akan ku siram curahan kasih sayang ke pinggir akar mu. Agar dapat kau hidup disamping diriku. Sesungguhnya keindahanmu layaknya ku samakan dengan sang dewi. Yang terpelihara murninya disamping sang gagah yang berwajah hodoh.

2 comments: