Monday, September 20, 2010

~~Harga Secangkir Harap~~

Korban diri....itulah yang selalu aku hadapi tatkala mencuba nasib mencipta sejarah. Bukan jarang2. Ianya selalu. Ya! Dahulu mmg aku seorang budak hingusan. Mmg aku daif mentafsir. Kurang bijak merungkai tanda. Tapi itu dahulu. Kini aku berbeza. Sangat yakin aku telah jauh berubah. Tapi mengapa ianya masih terjadi?

Semenjak dahulu lagi aku telah menaruh harapan terhadap dirinya. Bukan paras rupa yang aku impikan. Bukan kecantikan yang aku dambakan. Cuma secangkir bahagia yang aku harapkan. Cuma secebis bahagia yang aku nantikan. Tapi mengapa ianya sangat mahal untuk aku dakapi? Terlalu mahal untuk diriku miliki?

Seorang gadis yang lembut dan lurus budinya telah lesap. Yang muncul dihadapan ku adalah sebuah watak yang berlainan keterampilanya. Engkau telah membuktikan bahawa dunia ini berputar. Engkau telah tunjukan bahawa masa itu berdetik lalu. Engkau telah membenarkan suasana berubah. Cuma yang pegun adalah aku. Cuma aku seorang diri. Kekal di satu titik tanpa seinci pun keadaan diriku berubah. Yang berbeza hanyalah bentuk. Terhakis oleh aliran masa. Akhirnya aku sedar itu. TERIMA KASIH KERANA MENYEDARKAN!!!!

Sang puteri cantik rupawan. Pujaan teruna seluruh alam. Budimu lembut batinmu sunggguh misteri. Engkau idaman setiap insan. Aku akui aku tergoda. Walaupun seketika kita bejumpa. Walaupun sepatah kita berkata. Engkau telah tunjukkan kekuasaan mu. Menakluki jiwa ku yang lemah. Membakar ragaku hingga rentung. Membentuk peribadiku supaya seiring dengan kehendak alam.......pada kacamatamu...Yang hakikatnya aku semakin terseksa. Yang sebenarnya aku merana. Kau pacu diriku sehabis laju. Kau perah keringatku sehabis kontang. Sehingga aku layu tak terdaya. Aku tewas lagi. Mulai saat itu, aku akui....AKU BEMINAT MEMILIKI DIRIMU.....

Sehinggallah sikap dingin mu mula menjeratku. Sehinggalah kelakuan biadap mu mula memualkanku. Aku mulai tertanya2. Pentingkah aku pada zahirmu? Bemaknakah jasadku untuk kebahagianmu? Atau aku cuma diperguna seperti tangga. Yang rela dipijak untuk membawa sesuatu ke mercunya......Aku buntu.

Setiap kali aku bangkin menentang. Acapkali aku bangun melawan. Kau damparkan perisai suteramu. Kau lagukan suara kemerduanmu. Kau alunkan tarian gemalai mu. Yang akhirnya membuat senjataku, kembali terhunus di sarunganya. Sungguh bijak engkau bermain. Sungguh cekap kau bersenjata. Aku mengaku tewas. Hanya satu pintaku. Lepaskan aku. Huraikan gelang sakti yang engkau patrrikan di tangan2 ku. Tunjukan jalan luas yang selama ini kau palingkan diriku daripadanya. TOLONGLAH! aku semakin lemah tidak terdaya.

2 gadis, 1 kehancuran, 1 kebinasaan. Pesanan kepada diriku. Ingatlah wacara tegasan yang aku pegang selama ini. Nikmatilah hidup semampunya. Alami hilai tawa riang gembira. Rasai sakit tangis sedu sedan. Nikmati kesemuanya. Pesanan untuk diriku yang fakir. Tinggalkan yang beban. Pikulah yang ringan. Aku harap aku tidak salah lagi mentafsir alam. Tidak lagi salah menduga gerak. Tidak lagi gagal mencipta langkah. Sehingga aku tersujud kegeringan. Kehinggalah aku kaku di pembaringan. Ingatlah ianya sebagai satu pengajaran perit diantara berjuta pengalaman pahit.

Ingatlah, itulah HARGA SECANGKIR HARAP!!

No comments:

Post a Comment