Thursday, June 16, 2011

~~Sesuatu Untuk Sidia~~

Ada sesuatu yang aku rasa aku belum sedia untuk aku hadapi, tp dah pon berlaku. Aku rasa aku x rancang benda nie. Tp tuhan maha kuasa. Cuma aku yang belum bersedia. Selama nie aku x pernah rancang nak bertindak. Aku biakan sahaja. Serah bulat2 pada takdir. Aku lupakan perkara yang lama dengan kesibukan aku melayan kerenah remaja2 bakal pemacu bangsa.

Apa yang ada pada dia sehingga aku seronok untuk kenal dia? Senyuman. Keseriusan. Keprofesionalan. Antara aku dan dia, semuanya hampir sama. Cuma apa yang berbeza, aku budak kampong. Biasa bermain lumpur. Dan dia anak bandar. Semuanya bersih dan lengkap. Untuk alasan tu, aku x pernah mulakan langkah. Cuma aku suka tgk dia senyum. Tertawa. Penuh dengan sesuatu yang mampu melapangkan jiwa dan fikiran.

Dia ada yang punya. Walaupon jodoh menentukan segala2nya, aku x berhak kacau apa yang dia dah kecapi. Pada aku, adalah seronok dan menggembirakan apabila lihat org yang kita kenal sentiasa dalam keadaan riang. Bukankah begitu?

Setiap orang berhak untuk tersenyum. Ada hak untuk rasa gembira. Kadang2, adalah berbaloi untuk menangis demi senyuman org2 yang anda senangi. Aku sentiasa aku. Xpernah berubah. Sorang budak kampung yang ada hasrat nak berjaya. Punyai impian untuk masa depan. Ada rancangan untuk kebahagiaan orang tua. Aku lah aku. Yang sentiasa yakin pada apa yang aku buat. Dan x pernah berubah!

No comments:

Post a Comment