Thursday, June 23, 2011

~~Sekali Lagi: Aku dan Hanya Aku~~

Hari ini aku terpanggil untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati. Untuk aku ingatkan kepada anda, mereka, mahupun sesiapa sahaja yang perlukan aku untuk aku berubah...persoalannya, perlukah? Sekali lagi aku tegaskan, aku, dan hanya aku.

Mungkin engkau x paham. Mungkin mereka x mengerti. Kerana apa? Kerana bukanlah engkau yang pernah mengemis dan mencuri untuk makan dek akibat kemiskinan. Bukanlah mereka yang merasa bertapa peluh dan keringat itu sangat berbaloi untuk diubah menjadi kesenangan. Bukan.....

Biarkan. Kiranya hari ini aku susah. Tatkala ini aku merangkak. Biarkan....usah dibantu lagi diri aku yang hina ini. Sudah puas aku dijanjikan dengan omong2 kosong mereka. Sudah jelik aku dengar cerita2 palsu mereka. Jadi, biarkan.....

Aku dan khayalan aku. Aku yakin dengan itu. Jadi, kenapa perlu engkau bersusah payah memerlukan aku untuk berubah? Apa yang aku perlukan hanya secebis keyakinan dan pancaran motivasi. Yang akan terus menggerakkan aku kearah apa yang aku tujui.

Aku....dan hanya aku......

No comments:

Post a Comment