Thursday, June 23, 2011

~~Hanya Anda Seorang~~

Aku x tau mcmana nak mula. Sebab sebuah perasaan adalah sukar untuk di zahirkan. Tapi, memikirkan apa yang dah anda lalui, x seberapa kot ucapan ini sebagai balasan. Aku juga seperti mereka yang bernasib baik; masih lagi mempunyai kedua orang tua. Tp ini adalah khusus untuk si dia yang tercinta.

Selama aku hidup, x pernah lagi aku rasa ada seseorang yang sangat memahami seperti anda. Yang sentiasa mengambil berat, susah senang, tangis dan tertawa bersama. Kadangkala aku rasa beruntung untuk memperolehi seseorang seperti anda disisi.

Bezanya cuma, tatkala ini, kita diuji dengan maha hebat oleh yang kuasa. Namun begitu, aku kagum dengan ketabahan anda. Seseorang yang perlu menjaga 4 buah perasaan, selain perlu mengadapi masalah sendiri. Hebat bukan.... dan aku kagum dengan pengalaman yang anda ada. Semuanya ada untuk dijadikan pengajaran dan kisah sempadan. Untuk sentiasa membimbing, dan berkongsi cerita.

Adakalanya apabila bersendirian, aku tidak malu untuk mengakui bahawa garis2 tua dan ukiran senyuman di wajah anda sentiasa bermain di sanubari. Untuk sebab itulah acapkali aku terhindar dari melakukan sesuatu yang keji. Banyak juga peluang yang muncul secara tiba2...dan demi mengenangkan anda, aku lari daripadanya.

Untuk ayahanda tercinta, terimakasih aku ucapkan untuk selama ini memendam perih dan pahit hanya untuk membuat aku tersenyum puas. Tanpa mengharap apa2 balasan. Cuma masanya belum sampai untuk aku balas kasihsayang anda; bukti aku telah berjaya...masih belum ada ruang.....EN. AND HAKIM, SELAMAT HARI BAPA untuk anda......

No comments:

Post a Comment