Thursday, June 2, 2011

~~Perlukah?~~

Hurmm...cukup2 laa tu buat hal. Sebelum nie pon aku cukup struggle sorg2 utk lepaskan diri. Mula dari bawah balik. Dah puas menangis dah. Enough is enough. I need no more. Aku bahagia sekarang. Bahagia dengan hidup aku yang x seberapa nie.

Mungkin utk terakhir kalinya aku kupas tentang apa yang kita semua gelar suratan. Engkau sibuk. Dengan cita2, dengan egois yang setinggi gunung, dan realiti adalah segalanya. Betul? Aku? Mcm nie lah...dari dulu sampai sekarang. Dan mungkin selamanya. Aku perlukan dia. Mulanya...untuk ketenangan diri, untuk motivasi, dan segalanya. Tp akhirnya aku persoalkan...perlukah aku sahaja yang bersabar?

Aku rasa hidup adakalanya merimaskan. Adakala dapat memancarkan sebuah kegembiraan. Tp...entahlah...untuk kekal selamanya, kesabaran bukanlah satu2nya perkara yang perlu dipertahankan. Maruah diri, memahami dah adakalanya mengalah. Salahkah ianya? Kiranya perkara remeh temeh pon x dapat diselesaikan, apatah lagi masalah yang tersangatlah besarnya. Menyorok bukanlah sebuah jawapan.

Bukanlah gatal. Bukan miang. Sila faham yang kita semakin tua. Tidak...bukan itu sebenarnya yang aku maksudkan. Aku maksudkan tentang orang tua yang selama ini gagah melindungi kita walaupun mereka sebenarnya gentar dan menggigil oleh cabaran dunia. Sanggupkah kita palitkan kedukaan terhadap mereka? Xmahukah anda melihat senyuman di penghujung hayat mereka?

Cukup2 lah. Yang sudah itu sudah. Meskipon aku seringkali menangisi kelukaan, tp hidup tetap perlu di teruskan. Come on. Kita sudah semakin dewasa. Makin matang.....pikirlah...yang baik mahupun yang buruk. Aku akan cuba teruskan apa yang aku mulakan. Walaupun ianya menyakitkan......

No comments:

Post a Comment