Thursday, June 23, 2011

~~Harimau Malaya~~

Ok, memandangkan cite nie masih sgt press oren lagi, mari2 kita sentuh. Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mara ke pusingan akhir peringkat kumpulan dalam kelayakan olimpik. Juga secara peribadi, tahniah juga kepada tonggak pertahanan terakhir negara yang mengawal gawang dari terus dibolosi, Khairul Fahmi Che Mat, pemain pertahanan yang dah agak exposed dengan pengalaman2 dan perlawanan2 antarabangsa, Muslim, pemain yang menjaringkan gol( x ingat wan sape tah nama dia) serta play maker negara yang x bernasib baik, Gary Steven Robbat-kesian...dan x patut.

Serius, perlawanan nie mmg mcm hampeh. Agak kecewa laa pada permulaan babak kedua dimana selepas malaysia hilang sorang player, corak game tros berubah. Malaysia tros tukar corak dari serangan balas kepada bertahan dan lansung xde serangan ke gawang gol lubnan. Akan tetapi, emosi penonton tergamit juga apabila masa semakin suntuk yang mana malaysia tros kental bertahan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan akhir peringkat kumpulan.

Namun begitu, ada jugak beberapa org player kebangsaan yang tercedera. Dan yang paling merisaukan, apabila wira popular di padang masa kini(kalah woo earon aziz), Khairul fahmi Che Mat jatuh dengan posisi badan yang x berapa nak betol. Dari pengalaman aku, for sure sakit bro! Namun penonton memberikan tepukan yang sangat gemuruh apabila beliau bangkit untuk terus memikul tugas sebagai penjaga gawang. Time tu, walaweh...sentap bro!

Akhirnya, tempoh 40 minit yang menyiksakan berakhir. Malaysia layak ke peringkat seterusnya dengan agregat jaringan 2-1. Perghhh......Gua suspek lu laa bro!

*p.s. Siyes aku sebak jugak. cuma cover2 je sebab ayah aku ade sekali. Yela, last time kita layak taun 80. Then aku pon dl gol keeper gak, sebelum injury memaksa aku bersara(perahsan gagah laa nko bro!!)

No comments:

Post a Comment