Thursday, June 16, 2011

~~Sesuatu Yang Baru~~

Aku x sure yang benda nie salah ke x. Tp aku rasa selesa berada dekat ngan dorg. Bila tgk dorg enjoy dlm kelas aku, tgk dorg hapy berada dlm kelas aku, untuk tahu yang dorg sentiasa seronok untuk hadir dan x pernah ponteng kelas adalah sesuatu yang sangat menceriakan. Kadang2 untuk aku jumpe dorg dlm kelas, x sabar2 rasanya.

Tp td aku lepak makan2 ngan dorg. Ade mamat name nick die boy. Dia pun ade pengalaman dalam bidang marketing nie jugak. Die pon seronok dlm kelas aku. Sampai td die teman aku smpi opis, semata2 nak pelawa aku join lepak2 n makan tengahari pada waktu petang. Antara yang ada kat sana, husna, 2 org pompuan, budak boy nie, syafiq ngan ade lagi sorg budak sg besau. Sungguh best lepak ngan dorg bila tau yang dorg sememangnye enjoy dlm kelas aku. Sampai abis kelas pon dok borak2 pasal subjek aku. ;p

Secara tiba2, aku tertanye dorg..pasal wayang. Aku tanye kat mane wayang yang paling dekat kat gombak. N dorg mcm terkezut jerk. Then aku borak2 pasal tu, n dorg mcm ok jerk untuk aku ajak lepak2 selepas waktu kolej. N aku rasa mcm nak buat jugak2. Tp ade beberapa perkara yang aku kene jelas dl.

Yang pertama, aku perlu profesional. Supaya aku x kan bias(ayat org putih tok perkataan berat sebelah) untuk tentukan sape yang layak mendapat tempat dlm kelas aku. Yang sentiasa berusaha berhak mendapat yang terbaik. Kemudian, aku perlu had kan hubungan antara aku dengan dorg. Sentiasa ada geb antara pengajar dan pelajar. Aku jugak perlu tahu batasan yang ada antara hubungan sebagai seorang rakan, dan pelajar. Mungkin apa yang aku buat nie salah. Tp aku rasa aku berhak sampaikan apa yang aku ada dan tak terhad di dlm kelas.

Sehingga hari nie, dah ada yang jumpa aku personally untuk tanya apa yang dia x paham. Aku hargai benda tu. Sebab, aku rasa aku dah berjaya memenangi hati dorg. Umo 19, 20, 21....sume baye2 adik2 aku. Susah nak biarkan dorang jd gagal. Aku harap aku xkan gagal untuk buat dorg berjaya. Xkan kecundang untuk sentiasa bimbing mereka. Untuk pimpin mereka melihat keadaan sebenar dunia yang zalim. Sebab aku sentiasa takot untuk gagal. Takot untuk kecundang.

No comments:

Post a Comment