Sunday, May 22, 2011

~~Muhasabah Diri~~

Buat seketika, berita yang aku dapat agak memeranjatkan. Namun, ia juga merupakan sebuah kisah teladan bagi ku. Salah seorang rakan ku telahpun kehilangan ayahanda tercinta. Dia juga kini perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Berat bukan.

Inilah yang aku risaukan. Sehingga saat ini, aku masih lagi belum memiliki kemampuan dan kepercayaan kepada diri untuk menghadirkan senyuman di raut wajah orang tua ku. Segalanya telah pun aku lakukan. Namun, ianya masih belum ada hasil yang nyata. Mungkin sedikit masa lagi.

Kepada engkau wahai rakan, kerana andalah aku disini pada hari ini. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih untuk itu. Dah sesungguhnya tuhan lebih memahami apa yang di ingini. Bersabarlah. Takziah dari ku secara peribadi.

No comments:

Post a Comment