Monday, May 9, 2011

~~E=mc square~~

Bulan berputar mengelilingi bumi manakala bumi berputas pada paksinya. Sungguh suramkan ayat itu. Hari2 yang gelap. Dah puas aku layankan. Mmg emo jerk....hari nie bertambah2 lagi. Tp hari nie jugak aku temui apa yang dah lama aku tinggalkan.

SEBUAH TUNGGANGAN YANG MENGASYIKAN!

Ya, aku lupa tentang itu. Bila hati sudah kacau, x sangka pula menunggang merupakan sebuah aksi yang terbaik boleh anda cuba. Bayangkan, dengan memulas hanya sedikit pendikit minyak, anda telah mencapai kelajuan 100 km/j. Ya, aku lupa tentang itu.

Hari ini aku telah ke unikop untuk menghadiri temuduga kerjaya bagi jawatan pensyarah. Waktu yang dijanjikan adalah pukul 8 pagi. Setelah terjaga lebih awal (5.30 am) dan tidur yang tidak lena, x pasti kenapa aku hanya bergerak pada pukul 7. Apa lagi. Pulas laaa

Kiri, kanan...terus memotong kenderaan2 yang agak sibuk bergerak di MRR2. Mulanya agak goyah. Sg Buloh, faham2 sahajalahkan. Jalanya yang mempunyai selekoh yang tidak berapa tajam dan agak berbukit. Sesuai untuk kaki lepeh yang baru berjinak2. Aku kemaskan genggaman, jatuhkan lutut, ambil posisi yang sesuai dan.....perghh...selekoh2 itu mmg mampu memberi kepuasan kepada insan berjiwa kacau ini.

Lama sudah aku tinggalkan ia. Aku agak, 4 bulan ada kot. Kini aku sedar, dalam keadaan krisis diri yang meruncing, ia mampu menjadi teman sejati tatkala jiwa merayu menagih simpati. Deruman enjin itu benar2 membakar semangatku. Aku hampir2 lupa, sebelum aku kenali dia, aku sering ke bukit ampang untuk meratapi sebuah kedukaan.Mungkin aku akan kembali lagi kesana dengan kerap dalam beberapa hari ini.

Apabila selesai tugasan di unikop, aku pun kembali teransang melihat mesin tunggangan ku tersedia menunggu. Tanpa memikir panjang, aku pun....vrooommmmmm!Kali ini aku tukar haluan. Sahaja aku pilih jalan yang jauh. Sayup2 terbayang selekoh2 tajam di sekitar selayang, ampang dan kuala kubu bharu. Ingin sahaja aku meloncongkan arah, tetapi terfikir pula oleh ku tanggungjawab yang aku belum selesaikan.

Mati? Aku x pernah terfikir. Mungkin, kalau dah ajal, mati jugalah dimana2 pun. Bagi aku, sekiranya kita bersedia, mati itu adalah indah.Lebih2 lagi apabila anda dilanda sebuah krisis hubungan yang mmg tiada penghujungnya. Aku ada seorang rakan yang baru aku kenali sehari sebelum dia pergi selama2nya. Ramah orgnya. Tp jiwanya menjadi kacau apabila isteri nya yang disayangi lari meninggalkan dia bercompang-camping seorang diri. Hatinya cukup kering. Bermodalkan sebuah mesin keluaran ducati, dia pernah mengambil selekoh di uluyam dengan kelajuan 150-180 km/j.

Ya, aku lupa tentang ini. Dahulu ialah peneman jiwa yang sejati. Kemana kita arahkan, ke sanalah rodanya berpusing. Sampai2 sahaja aku dirumah ku, termenung aku memikirkan sambil merenung jauh.... sesuatu yang aku telah lupakan. Mungkin aku mmg diciptakan untuk menjadi penunggang berjiwa kacau. Secara tiba2, semangatku muncul kembali. Aku mengharapkan sebuah jawatan eksekutif dan bersama2 eR-6n akan aku ronda melihat2 kawasan. X perlu jaket mahal. X perlu peralatan lengkap. Mungkin cukup dengan hanya seluar slack berkasut hi-cut dan berkemeja panjang. Mungkin itu imej ku kelak.

No comments:

Post a Comment