Friday, May 6, 2011

~~Kawan...semoga cepat sembuh~~

Wah....dalam sekelip mata. Yup. Aku kena terima itu. 1 ayat dalam kehidupan realiti yang sekali lagi hampir2 melumpuhkan. X sangka inilah hujung pangkalnya. Tp kenapa sangat sakit? Betul2 tepat. Dan aku yakin...berdasarkan pengalaman, luka ini akan sukar untuk pulih.

Mungkin benar kata org. Jangan berumah ditepi pantai kiranya x bersedia menghadapi ombak. Daripada ianya merebak keseluruh bahagian, aku putuskan untuk memadamkan sebahagian kesah dari kehidupan ku. Salahkah itu? Walaupun ianya sebuah kebahagian dari dalam diriku..salahkah?

Semua yang aku ramalkan kini benar2 berlaku. Jd kenapa sedih? Sepatutnya aku dah bersedia. Pelik bukan? Tak...tidaklah ianya pelik. Mmg lah begitu apabila seseorang yang kita anggap sebagai punca kita bernafas, tertawa dan tenang tiba2 hilang. Bukanlah ianya pelik...tidak.

Dalam masa 3 jam yang aku cuba untuk lenakan diri dan gagal, aku rasakan ianya seperti mimpi. Sangat seksa rasanya apabila kita seolah2 mayat yang hidup. Lemah dan x bernafsu. Terkulai tanpa ada sebarang tindak balas.

Sejak td lagi aku menggigil tanpa sebab. Aku rasa seperti mahu gering. Tanpa ada alasan. Pelik sungguh perasaan itu. Sepanjang beberapakali aku terjatuh dalam mengejar khayalan, x pernah aku alami perasaan pelik ini.

Tanpa ragu, aku rindui ibubapaku. Adik2ku. Oii kawan2. Dengarlah....xkah kau dengar jeritan suara yang melolong meratapi sebuah pemergian? Aku sakit~~~Sebaknya dadaku memikirkan perkara yang sepatutnya xperlu aku pikirkan.

Ketahuilah oleh kamu, aku adalah seorang yang berpegang teguh pada kata2. Aku adalah insan yang mempunyai azam. Akan aku buktikan kata2ku. Akan aku perlihatkan bukti itu. Semoga dengan ketiadaan diriku ini akan lebih menjernihkan keadaan. Semoga dengan pengunduran diri aku, diharap engkau akan lebih jelas tentang masa depan dirimu. Kita x sepadan. Tp aku harap kita akan kekal berkawan...

Ya allah, dugaan apakah ini. Aku sentiasa sujud menyembah bumi yang Engkau ciptakan. Selalu aku berdoa meminta simpati...hanya kepadaMu. Tp aku xakan tahan dengan ujian ini. Aku hanya seorang hambaMu yang lemah. Subhanallah.

Dugaan ini benar2 menguji. Inilah yang terakhir. Dan tiada lagi. Cukuplah seksaan ini. Berhentilah.

Kemanakah perlu aku bawa diri?.....................

No comments:

Post a Comment