Wednesday, May 4, 2011

~~Wajah Sebenar Sorang Pelawak~~

Kehadiranya dinanti oleh setiap dari mereka. Datangnya hanya dengan undangan. Telatahnya menghadirkan kelucuan. Ragamnya menjadi hiburan. Namun semuanya hanya lakonan. Sebuah sketsa yang menyiksakan. Kerana die hanya seorang pelawak. Yang dibayar untuk kegembiraaan.

Sebuah topeng watak seorang gembira. Senyumannya panjang sampai ketelinga. Kemahiran lakonan di hargai. Namun, apakah yang ada di sebalik topeng? Apakah perasaan yang terzahir di sebalik watak? Apakah harga untuk setitis air mata duka? Tak seorangpun tahu.

Dia hanya berlakon demi kegembiraan orang lain. Kerana dia sukakan bunyi hilai tawa yang mampu menceriakan dunia. Kerana dia sudah bosan dengan tangisan. Lali dengan kekecewaan. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan org lain. Tp pengorbanan yang dilakukan hanya mampu dinilai oleh kebendaan dan wang ringgit.

Begitu besar jiwanya. Dan tabah hatinya. SEORANG INSAN NOBEL YANG BERJUANG DEMI SENYUMAN ORG LAIN.......

No comments:

Post a Comment